JABATAN SAINS SOSIAL

Jabatan Sains Sosial adalah diantara telah wujud sejak penubuhan Maktab Perguruan Sandakan pada tahun 1974. Maktab Perguruan Sandakan  berpindah ke Tawau (1 Januari 2005) serta diberi nama Maktab Perguruan Tawau dan tahun berikutnya bertukar ke Institut dengan nama Institut Perguruan Tawau.   Fungsi Jabatan adalah merancang, mengendali, melaksana serta menyelia segala aktiviti dan program yang telah ditetapkan dari  IPGM  dengan cekap dan berkesan. Pihak jabatan menawarkan  berbagai bidang disiplin ilmu Kajian Sains Sosial (Social Studies) yang mengendalikan kursus-kursus untuk Praperkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan.  Kursus –kursus tersebut ialah KDPM, KPLI ,Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun / Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) manaka Kursus Dalam Perkhidmatan adalah seperti KDP 14 Minggu, Bestari dan sebagainya bagi tujuan meningkatkan profesionalisme perguruan. Bidang atau mata pelajaran-mata pelajaran yang ditawarkan adalah Pendidikan Negara Bangsa, Pendidkan Alam Sekitar, Penyuburan Diri Insan Guru, Pendidikan Muzik,  Pendidikan Seni Visual, Pengajian Sosial, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Hubungan Etnik.