SENI VISUAL

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual: Kursus ini meliputi konsep PSV, serta matlamat dan objektif PSV dalam KBSR. Kursus ini juga menekankan kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Pelajar mengupas dan membincangbeberapa pandangan serta sumbangan tokoh-tokoh Seni dan pendidik-pendidik Seni tentang Seni Visual. Pelajar didedahkan tentang kesenian pelbagai budaya di Alam Melayu, India, China, Jepun dan Barat. Konsep kraf diperkenalkan dan kepentingan PSV dalam teknologi tinggi juga diberi perhatian.



PSV 3102 Bahasa Visual Perbandingan: Kursus ini memberi pendedahan tentang peranan dan kepentingan asas seni reka dalam karya seni visual pelbagai budaya secara perbandingan. Penekanan diberi kepada aspek pemerhatian, penerokaan dan penghayatan dalam karya seni. Tumpuan diberi kepada analisis asas seni reka dalam karya seni visual. Aktiviti amali meliputi kajian dan penerokaan unsur seni, prinsip rekaan dan komposisi dalam karya pelbagai budaya secara perbandingan.